Wednesday, 29 June 2016

Surah Al-Baqarah (124)



Juz:1,Surah:2.
Surah 2, Ayat 124:
Ringkasan tafsir
Ayat ini ditujukan kepada kaum Yahudi, Nasrani dan musyrik Arab khasnya dan seluruh umat manusia am’nya, yang menceritakan tentang Nabi Ibrahim diuji oleh Allah dengan beberapa kalimat (syariat) keatasnya “perintah” dan “tegah”, dan semuanya dapat dihadapi cubaan itu dengan sabar menerima ujian dari Allah dengan jayanya.
  .
Antara cubaan yang diterima oleh Nabi Ibarahim ialah;
1. Ada 30 ujian yang diterima oleh nya, (yang terkandung dalam ayat 112 surah At-taubah, ayat 35 surah Al-Ahzab dan surah al-Mukminun dan Al-Maarij, dan antaranya ialah; 
2. Syariat membina Kaabah, dan ibadah Haji.
3. Menguji ketuhanan nabi Ibrahim (tentang bulan, bintang, matahari).
4. Dibakar oleh raja Namrud... dan banyak lagi.

.
Salsilah Nabi Ibrahim, dan bermula dengan Nabi Nuh, Sam, Arfakhsyza, Syalikh, Abir, Faligh, Arghu, Syaru, Nakhur, Azar dan akhirnya Ibrahim. 


[Previous] [Next]

Sumber, 

Terjemahan (1.2.121~130);  

Pautan, 
[G+] https://plus.google.com/106788571047204026469/posts/WCLGgz8By1i





.

No comments:

Post a Comment